Luco Group
EN BM
Minta sebut harga
Kontraktor elektrik & M&E berdaftar · Lembah Klang

Kerja elektrik, dibuat dengan betul.

Dari papan agihan kilang hingga dapur kondo, Luco Group melaksanakan kerja elektrik, M&E dan sivil berlesen untuk perniagaan dan rumah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

01 — Komersial & Industri Projek, M&E dan penyelenggaraan untuk perniagaan Kedai, pejabat, kilang dan bangunan. Cadangan dengan BQ, dokumentasi lengkap dan penyelenggaraan berjadual. Servis komersial → 02 — Kediaman Harga tetap, siap untuk rumah Point lampu dan soket, tukar DB, pakej dapur dan kondo, charger EV. Harga yang anda nampak ialah harga yang anda bayar. Harga kediaman →
Juruelektrik Luco Group memasang papan suis utama di Subang SkyPark
Kampong Kravers, Subang SkyPark Papan suis utama, panel MCCB dan meter kecil penyewa
Kelayakan

Berdaftar, bergred dan bertanggungjawab.

Setiap kerja dibuat di bawah pendaftaran syarikat kami, dengan litar yang diuji dan rekod bertulis untuk fail anda.

Berlesen ST
Berlesen ST Kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Kelas C. ST(TKL)SGR/C/KE/05024/2024
Berdaftar CIDB
Berdaftar CIDB Kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Gred G3. 0120230518-SL118673 · G3
Diiktiraf SME Corp
Diiktiraf SME Corp Perusahaan Malaysia yang disahkan dan bertanggungjawab. SME Corporation Malaysia
Pasukan elektrik Luco Group beruniform di sebelah van syarikat
Pasukan kami

Krew kami sendiri, di setiap kerja.

Kerja anda dilaksanakan oleh juruteknik Luco Group yang beruniform, diselia oleh orang kompeten berdaftar kami. Tiada subkontraktor yang tidak dikenali datang ke pintu anda.

Juruteknik terlatih beruniform Kasut keselamatan, PPE dan peralatan lengkap di tapak Kemas dan keputusan ujian sebelum kami pulang
01 — Komersial & Industri

Satu kontraktor untuk keseluruhan skop elektrik.

Kami merancang, membekal, memasang, menguji dan menyelenggara. Kontraktor utama, pengurus fasiliti dan pemilik perniagaan mendapat satu pasukan yang bertanggungjawab, dari tender hingga serahan.

Minta cadangan projek Konfigurasi DB atau panel Profil syarikat (PDF)
01 Pemasangan elektrik Pendawaian untuk bangunan baru, fit-out dan tambahan, satu dan tiga fasa.
02 Papan agihan & suis gear Bekalan DB utama dan sub-DB, naik taraf, pengimbangan beban dan perlindungan.
03 Kerja M&E Pakej mekanikal dan elektrik yang diselaraskan untuk premis komersial.
04 Kontrak penyelenggaraan Pemeriksaan berjadual, semakan terma, respons kerosakan dan rekod.
05 Sivil & struktur Kerja sivil sokongan, struktur dan pembaikan bangunan.
06 Pengurusan projek Jadual kerja, penyelarasan dengan kontraktor utama dan dokumen serahan.
Juruteknik Luco Group mengapit lug kabel aluminium 50 mm²
Penamatan kabel aluminium 50 mm² — Paradigm Mall, Petaling Jaya

Sektor yang kami layan

Kerja fit-out, naik taraf dan penyelenggaraan untuk premis yang tidak boleh terhenti.

Kedai & rumah kedaiPejabatKilang & gudangOutlet F&BJMB/MC kondominiumSekolah & institusiBilik pameranKerajaan & GLC

Bagaimana projek komersial berjalan

01 Tinjauan tapak Kami periksa premis, beban dan pemasangan sedia ada.
02 Cadangan & BQ Sebut harga terperinci dengan skop, jadual dan terma.
03 Pemasangan & ujian Pasukan berlesen, pengasingan selamat, ujian penuh selepas siap.
04 Serahan & penjagaan Keputusan ujian, dokumen dan pelan penyelenggaraan pilihan.
Projek terpilih

Hasil kerja yang bercakap sendiri.

Paradigm Mall, Petaling Jaya — 40 pemacu ABB
Komersial · Kecekapan tenaga Paradigm Mall, Petaling Jaya — 40 pemacu ABB Menggantikan pemula auto-transformer dengan 40 pemacu kelajuan boleh ubah ABB ACS580 dari 7.5 hingga 30 kW, termasuk pengubahsuaian kawalan, kontaktor dan suis pemilih, penetapan parameter dan ujian. Kerja waktu malam di pusat beli-belah yang beroperasi.
Kampong Kravers, Subang SkyPark
Komersial · Pusat beli-belah lapangan terbang Kampong Kravers, Subang SkyPark Sambungan MSB baharu, panel MCCB TPN 100A dengan meter kecil penyewa, isolator tiga fasa dan satu fasa, pendawaian kabel, ujian dan pentauliahan.
Paradigm Mall, Petaling Jaya
Komersial · Pusat beli-belah Paradigm Mall, Petaling Jaya Penggantian panel pam tenggelam 11 kW, 270 m kabel aluminium 4C 50 mm² dari EMSB, 200 m cable tray dan trunking. Kerja waktu malam, diuji dan ditauliahkan.
Paradigm Mall, Johor Bahru
Komersial · BMS & kawalan Paradigm Mall, Johor Bahru Pemindahan sensor suhu bilik dengan kabel shielded twisted pair baharu dari panel BMS, conduit dan trunking uPVC, bukaan siling dan dinding dibaiki semula, serta pengaturcaraan aktuator dengan grafik BMS dikemas kini.
Lampu high bay gudang, Sentul
Industri · Pencahayaan Lampu high bay gudang, Sentul Pembekalan dan pemasangan lampu LED high bay pada kekuda bumbung, dengan litar lampu dan laluan conduit baharu di sepanjang struktur keluli. Diuji dan ditauliahkan.
Pejabat rumah, DC Condo Damansara
Kediaman · Kondo Pejabat rumah, DC Condo Damansara Litar baharu 4 mm² dari DB ke bilik pejabat rumah untuk dua stesen PC dan lampu jalur LED. Tersembunyi, diuji dan siap sebelum serahan.
02 — Kediaman

Harga jelas. Tiada caj mengejut.

Setiap harga point termasuk kabel SIRIM, suis atau soket, base box, wayar sehingga 8 meter dan ujian.

Kira kos wiring anda WhatsApp gambar untuk sebut harga
Setiap point, siap
Point lampuRM135
Point kipas, hook termasukRM155
Point soket 13ARM175
Point aircond + DP switchRM225
Water heater + RCBORM330
Lebih 8 m: RM14/m. Tanam dalam dinding: +RM75/m.
Kondo & apartment Pakej kondo RM1,680 10 point siap, lampu dan kipas anda dipasang percuma. Kerja ikut waktu JMB.
Baru serah kunci Pakej rumah baru RM2,380 15 point, lampu dan kipas anda dipasang percuma.
Renovasi dapur Pakej dapur RM1,180 5 point dengan litar khas dan RCBO.
Barang dah beli Pakej pasang siap RM650 Sehingga 15 lampu, kipas atau soket dalam sehari.
Unit sewa Pakej tuan rumah RM880 Soket dan suis ditukar, DB diperiksa, laporan bertulis.
Kereta elektrik Pasang charger EV dari RM1,480 7.4 kW, litar khas, RCBO 32A. Charger tidak termasuk.
Papan agihan berwayar kemas dengan RCCB, MCB dan litar berlabel oleh Luco Group
Tukar DB

Papan agihan yang dibina dengan betul.

Kotak fius lama dan DB yang terlebih beban adalah punca paling biasa breaker trip dan kebakaran elektrik di rumah. Kami gantikan dengan papan yang dilindungi sepenuhnya dan berlabel — dan tunjukkan bacaan ujian kepada anda.

Perlindungan bocor ke bumi RCCB, RCBO untuk kawasan basah Setiap litar berlabel supaya anda tahu breaker mana untuk apa Kabel berkod warna dan disusun kemas Ujian penebatan dan RCD, bacaan ditunjukkan kepada anda
DB 12 way, satu fasa, siap RM1,180 Minta harga tukar DB → Konfigurasi DB anda sendiri →

Minimum satu trip RM650 — kumpul semua kerja dalam satu lawatan. Senarai harga penuh →

Conduit dan pendawaian elektrik di atas rangka siling terbuka semasa renovasi rumah, lantai dilapik untuk perlindungan
Wayar dan conduit dipasang sebelum papan siling ditutup. Lantai dilapik sepanjang kerja.
Renovasi & sivil

Nak renovate? Rancang elektrik dahulu.

Wiring paling murah sebelum siling dan kabinet ditutup. Kami selaraskan kerja sivil, struktur dan bangunan bersama elektrik, supaya tiada apa yang perlu dihack dua kali.

Awning & bumbung Melalui jenama awning kami, CLEV →

Kawasan kami

Kuala Lumpur Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Petaling, Setapak, Wangsa Maju, Kepong, Mont Kiara, Bangsar
Selangor Kajang, Bangi, Semenyih, Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan, Cyberjaya
Negeri Sembilan Nilai, Seremban, Senawang, Mantin
Projek komersial Seluruh negara mengikut persetujuan — kerja terkini di Johor Bahru.

Ceritakan tentang kerja anda. Kami balas pada hari yang sama.

Komersial & Industri Pertanyaan komersial & projek Hantar lukisan, BQ atau alamat tapak dan kami akan aturkan tinjauan dan cadangan. enquiry@lucogroup.com.my
Kediaman Sebut harga rumah Hantar gambar DB atau kawasan kerja dan lokasi anda. Harga tetap sebelum kerja bermula. WhatsApp 016-221 0842
Pejabat 32A-1, Jalan Kolam Air 3, Taman Golden, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur Isnin–Jumaat, 8:30 pagi–5:30 petang
Kira kos